" AHLAN WASAHLAN KE DUNIA ILMU INSYIRAH :D "

AHLAN WASAHLAN KE DUNIA ILMU INSYIRAH :)

Saturday, August 6, 2011

ASSIGMNT GERKO CIK HASNI :D JOM KONGSI...

saya adajumpa sedikit info ttg assgnmnt kita bg soalan kedua dari blog seorg kawan...jom kita share sama2...buat rujukan...tp x lah byk sgt...at least nmpk la skit bendanya... :D isi sama x pe...huraian lain2 kn... :D jgn tiru bulat2 dah ler... hehehe pandai2 lah yer... :D



KECERGASAN FIZIKAL

1. KECERGASAN BERLANDASKAN KESIHATAN

a. DAYATAHAN KARDIOVASKULAR
b. DAYATAHAN OTOT
C. KEKUATAN OTOT
D. KOMPOSISI BADAN
E. KELEMBUTAN


2. KECERGASAN BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTOR

a. KOORDINASI
b. IMBANGAN
c. KETANGKASAN
d. KUASA
e. MASA TINDAK BALAS
f. KEPANTASAN


Kelembutan/Kelenturan

Kelembutan adalah julat pergerakan yang mungkin dalam satu siri sendi (de Vries & Housh, 1994). Kelembutan juga telah didefinisikan sebagai kebolehan menggerakkan badan dan bahagian-bahagiannya melalui satu julat pergerakan tanpa rintangan (strain) kepada artikulasi dan lekatan otot (Johnson & Nelson, 1986). Ini menunjukkan bahawa kelembutan adalah spesifik kepada sesuatu sendi tertentu.
Faktor keaktifan individu, jantina, umur, suhu dan iskemia mempengaruhi kelenturan (de Vries & Housh, 1986). Individu yang kurang aktif mempunyai kelenturan yang kurang dibandingkan dengan yang aktif. Wanita didapati mempunyai kelenturan yang lebih berbanding dengan lelaki. Kelenturan berkurangan dengan peningkatan umur. Peningkatan suhu badan didapati dapat meningkatkan kelenturan. Iskemia, iaitu pengurangan aliran darah, mengurangkan kelenturan.
Beberapa struktur dan bahagian anatomi juga mempengaruhi kelembutan. Julat pergerakan ditentukan oleh struktur tulang sendi. Contohnya kelenturan siku dilimitasikan oleh tulang humerus, radial dan ulna yang membentuk sendi engsel. Lemak yang terkumpul juga menghalang pergerakan melalui satu julat. Individu yang mempunyai lemak yang banyak di bahagian abdomen akan menghadapi kesukaran untuk melakukan fleksi pinggul. Lemak yang terkumpul akan menghalang pergerakan ini. Kulit yang tercedara akan meninggalkan parut yang kurang anjal. Tisu pengikat dan otot juga mempengaruhi kelenturan. Kesemua faktor ini melainkan struktur tulang diatasi dengan kaedah fizikal untuk meningkatkan kelembutan.
Keperluan kelembutan dalam sukan berubah mengikut jenis sukan. Komponen kecergasan ini merupakan satu ciri yang penting. Seorang atlit lari berpagar memerlukan kelenturan pinggul sebaik yang mungkin untuk melakukan pergerakan dalam acara olahraga ini. Perenang memerlukan kelembutan sendi bahu dan buku lali yang baik untuk menghasilkan daya yang maksimum.
Kelembutan merupakan satu komponen kecergasan berlandaskan kesihatan yang penting dalam kehidupan seharian. Berlari, berjalan serta pergerakan seharian yang lain memerlukan kelenturan agar pergerakan dapat dilakukan tanpa rintangan atau kecederaan ke atas sendi-sendi. Pengekalan mobiliti sendi akan mengurangkan kesakitan pada sendi disebabkan oleh peningkatan umur (de Vies & Housh, 1994).
Kelembutan dibincangkan dengan istilah-istilah seperti; fleksi iaitu pergerakan yang mengurangkan sudut antara badan dan anggota dan ekstensi iaitu peningkatan sudut antara badan dan artikulasi melalui pergerakan. Hipertekstensi adalah peningkatan sudut pergerakan melampaui julat pergerakan normal. “Double-Jointedness” adalah istilah yang digunakan untuk memperihalkan individu yang mempunyai julat pergerakan yang luar biasa. “Muscle Boundness” adalah istilah yang digunakan untuk memperihalkan individu yang mempunyai perkembangan otot yang baik tetapi kelenturan yang kurang baik.
Kelembutan boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu kelenturan statik dan kelenturan dinamik. Kelembutan statik adalah keupayaan sendi untuk meregang atau memanjangkan (extend) sejauh mungkin. Kelembutan statik merupakan komponen yang biasa diukur. Kelembutan dinamik didefinisikan sebagai rintangan sendi pergerakan (Fox, Bowers & Foss, 1998). Dalam ertikata lain, kelembutan dinamik menitikberatkan daya yang merintangi julat pergerakan dan bukan julat pergerakan itu sendiri. Kelembutan ini lebih sukar diukur dan jarang diberi perhatian dalam Pendidikan Jasmani dan penyelidikan sukan.
Pengukuran kelembutan dilakukan dalam dua cara iaitu Pengukuran Relatif dan Pengukuran Kelembutan Mutlak (absolute) (Johnson & Nelson, 1986). Pengukuran Kelembutan Relatif adalah pengukuran kelembutan yang relatif kepada panjang atau lebar bahagian badan yang spesifik. Pengukuran jenis ini bukan hanya mengukur pergerakan tetapi meliputi ukuran bahagian badan yang mempengaruhi pergerakan ini. Contohnya, ujian ekstensi belakang merupakan salah satu ujian yang mengukur kelembutan relatif. Pengukuran Kelembutan Mutlak pula merupakan pengukuran pergerakan berhubung dengan matlamat prestasi yang mutlak. Contohnya, ujian ‘split’ di mana jarak pengukuran antara lantai dan punggung diukur sebagai pencapaian subjek.
Skor kelembutan dilaporkan dalam bentuk pengukuran linear atau pengukuran bersudut. Pengukuran linear dilaporkan dalam inci dan milimeter atau ukuran panjang yang lain yang dihasilkan oleh pita pengukur atau jangka flekso. Pengukuran bersudut menghasilkan pengukuran dalam bentuk darjah ( ° ) yang terhasil daripada jangka sudut, goniometer atau jangka flekso.
 

Assignment Gerko Cik Hasni.. :D


Tugasan  1 (menggantikan ujian kecergasan 2)

Huraikan ansur maju teknik merejam lembing, gambarajah lakuan, gambarajah padang  dan peraturan merejam lembing.
*Tidak melebihi  5 muka surat (tidak termasuk muka depan)


Tugasan  2

Komponen kecergasan terbahagi kapada dua bahagian iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan kemahiran motor. Jelaskan kesemua elemen yang terdapat dalam komponen kecergasan. Setiap elemen mesti mengandungi:

        i.            Definisi
      ii.            Huraian berkaitan elemen
    iii.            Contoh
     iv.            1 Gambar atau gambarajah bagi setiap elemen

*mesti melebihi 15 muka surat (tidak termasuk muka depan)

Tarikh akhir serahan ialah pada 21 Ogos 2011

Disediakan oleh,
CIK NURHASNI BINTI MOHD NOOR
PENSYARAH GERKO III (SUKAN)
6 Ogos 2011

Tuesday, August 2, 2011

KISAH LUCU TERAWIH INSYIRAH :D SAJE KONGSI... :D

TERAWIH PUTRIKU BALQIS INSYIRAH

Alhamdulillah... da 2 mlm dpt berterawih di surau... yg paling best n bermakna sbb dgn putri tunggalku Umi Balqis Insyirah bt Rizal... hilang penat seharian puasa melayan kerenah n mulutnya yg x tahu nak penat bercakap n bertanya itu ini... mengalahkan orang tua... ni kisah malam kedua dia berterawih...kononnya la... hehehe

mcm biasalah...kmi mseti di saf paling belakang....sbb solat isyak d umah...so kmi la yg paling last smpai ke surau.... bermulalah terawih kmi...tonggak tonggek smpai la ke rakaat ke 8... tahan jge dia ikut ktorang....nsib bek la pak imam tu bce lau n surah pendek2.... masuk rakaat yg ke 9...balqis solat lbih laju dri kmi...geram jugak aku....jd x khusyuk aku solat.... ble salam aku tanya dia..."kenapa kakak solat laju2" ... dia jwb dgn selamba... " X PE LA IBU...BIAR CEPAT HBIS...KN BYK LG RAKAAT NK KENA SEMBAHYANG NIE...KLU LAMBAT2...SMPAI PAGI X SIAP NTI....KESIAN NENEK2 TU....MESTI DIA PENAT SBB BERDIRI LAME2....KAKAK NAK AJAK DORG SEMBAHYANG LAJU2 MCM KAKAK...BIAR X PENAT N CEPAT HBIS... " malas aku layan terus aku smbung solat...

kisah ni x berhenti kt sni... lpas witir aku tgk putriku tersenyum2 sorang2 n gaya mengira2 jemaah yg ada kt saf dpan....aku tanya lagi " kenapa kakak senyum2..? " dia jawab ..... " IBU...KAKAK SUKA LA TERAWIH NIE...SBB KAKAK TGK SUME ORANG CM NAK PEGI ROMBONGAN....SUME PKAI BAJU SME....MCM KAT MEKAH PULAK KN IBU....KAKAK TGH KIRA ORG NIE...BRAPA ORG BOLEH MUAT BAS....?SERONOK KN IBU PEGI ROMBONGAN PKAI MCM NIE... SAME JER... " tersenyum makcik sebelah dgr dia berckp.... ade2 jer.... :D aku pn gelak dlam iman...kekekeke

atas motor perjalanan balik...tbe2 dia ckp ... " IBU....KAKAK RSE DA KURUS LAH " aku pn jwb.." kenapa lak ?" ..." YE LA...SMALAM 20 RAKAAT...HARI NI 20 RAKAAT LG...DA 40 RAKAAT...BYK BTUL LA KAKAK SEMBAHYANG....RASA CM DA KURUS SKIT TANGAN DGN KAKI KAKAK NIE... " huh...aku gelak jer...takut masuk parit lak motor aku mlm2 nie...ade2 je lah anak ku...

ape pn... KAU LAH RACUN...KAU LAH MADU.... inilah  harta berharga buat aku dan arwah cintaku :D

             UMI BALQIS INSYIRAH BT RIZAL

                        ni lah budak yang kata 
                 terawih tu cm nak p rombongan...
                                    hehehe :D
                                            
        rmai kate cm rupa arwah ayah dia...
                   tenang n manis.... :D