" AHLAN WASAHLAN KE DUNIA ILMU INSYIRAH :D "

AHLAN WASAHLAN KE DUNIA ILMU INSYIRAH :)

Saturday, August 6, 2011

ASSIGMNT GERKO CIK HASNI :D JOM KONGSI...

saya adajumpa sedikit info ttg assgnmnt kita bg soalan kedua dari blog seorg kawan...jom kita share sama2...buat rujukan...tp x lah byk sgt...at least nmpk la skit bendanya... :D isi sama x pe...huraian lain2 kn... :D jgn tiru bulat2 dah ler... hehehe pandai2 lah yer... :D



KECERGASAN FIZIKAL

1. KECERGASAN BERLANDASKAN KESIHATAN

a. DAYATAHAN KARDIOVASKULAR
b. DAYATAHAN OTOT
C. KEKUATAN OTOT
D. KOMPOSISI BADAN
E. KELEMBUTAN


2. KECERGASAN BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTOR

a. KOORDINASI
b. IMBANGAN
c. KETANGKASAN
d. KUASA
e. MASA TINDAK BALAS
f. KEPANTASAN


Kelembutan/Kelenturan

Kelembutan adalah julat pergerakan yang mungkin dalam satu siri sendi (de Vries & Housh, 1994). Kelembutan juga telah didefinisikan sebagai kebolehan menggerakkan badan dan bahagian-bahagiannya melalui satu julat pergerakan tanpa rintangan (strain) kepada artikulasi dan lekatan otot (Johnson & Nelson, 1986). Ini menunjukkan bahawa kelembutan adalah spesifik kepada sesuatu sendi tertentu.
Faktor keaktifan individu, jantina, umur, suhu dan iskemia mempengaruhi kelenturan (de Vries & Housh, 1986). Individu yang kurang aktif mempunyai kelenturan yang kurang dibandingkan dengan yang aktif. Wanita didapati mempunyai kelenturan yang lebih berbanding dengan lelaki. Kelenturan berkurangan dengan peningkatan umur. Peningkatan suhu badan didapati dapat meningkatkan kelenturan. Iskemia, iaitu pengurangan aliran darah, mengurangkan kelenturan.
Beberapa struktur dan bahagian anatomi juga mempengaruhi kelembutan. Julat pergerakan ditentukan oleh struktur tulang sendi. Contohnya kelenturan siku dilimitasikan oleh tulang humerus, radial dan ulna yang membentuk sendi engsel. Lemak yang terkumpul juga menghalang pergerakan melalui satu julat. Individu yang mempunyai lemak yang banyak di bahagian abdomen akan menghadapi kesukaran untuk melakukan fleksi pinggul. Lemak yang terkumpul akan menghalang pergerakan ini. Kulit yang tercedara akan meninggalkan parut yang kurang anjal. Tisu pengikat dan otot juga mempengaruhi kelenturan. Kesemua faktor ini melainkan struktur tulang diatasi dengan kaedah fizikal untuk meningkatkan kelembutan.
Keperluan kelembutan dalam sukan berubah mengikut jenis sukan. Komponen kecergasan ini merupakan satu ciri yang penting. Seorang atlit lari berpagar memerlukan kelenturan pinggul sebaik yang mungkin untuk melakukan pergerakan dalam acara olahraga ini. Perenang memerlukan kelembutan sendi bahu dan buku lali yang baik untuk menghasilkan daya yang maksimum.
Kelembutan merupakan satu komponen kecergasan berlandaskan kesihatan yang penting dalam kehidupan seharian. Berlari, berjalan serta pergerakan seharian yang lain memerlukan kelenturan agar pergerakan dapat dilakukan tanpa rintangan atau kecederaan ke atas sendi-sendi. Pengekalan mobiliti sendi akan mengurangkan kesakitan pada sendi disebabkan oleh peningkatan umur (de Vies & Housh, 1994).
Kelembutan dibincangkan dengan istilah-istilah seperti; fleksi iaitu pergerakan yang mengurangkan sudut antara badan dan anggota dan ekstensi iaitu peningkatan sudut antara badan dan artikulasi melalui pergerakan. Hipertekstensi adalah peningkatan sudut pergerakan melampaui julat pergerakan normal. “Double-Jointedness” adalah istilah yang digunakan untuk memperihalkan individu yang mempunyai julat pergerakan yang luar biasa. “Muscle Boundness” adalah istilah yang digunakan untuk memperihalkan individu yang mempunyai perkembangan otot yang baik tetapi kelenturan yang kurang baik.
Kelembutan boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu kelenturan statik dan kelenturan dinamik. Kelembutan statik adalah keupayaan sendi untuk meregang atau memanjangkan (extend) sejauh mungkin. Kelembutan statik merupakan komponen yang biasa diukur. Kelembutan dinamik didefinisikan sebagai rintangan sendi pergerakan (Fox, Bowers & Foss, 1998). Dalam ertikata lain, kelembutan dinamik menitikberatkan daya yang merintangi julat pergerakan dan bukan julat pergerakan itu sendiri. Kelembutan ini lebih sukar diukur dan jarang diberi perhatian dalam Pendidikan Jasmani dan penyelidikan sukan.
Pengukuran kelembutan dilakukan dalam dua cara iaitu Pengukuran Relatif dan Pengukuran Kelembutan Mutlak (absolute) (Johnson & Nelson, 1986). Pengukuran Kelembutan Relatif adalah pengukuran kelembutan yang relatif kepada panjang atau lebar bahagian badan yang spesifik. Pengukuran jenis ini bukan hanya mengukur pergerakan tetapi meliputi ukuran bahagian badan yang mempengaruhi pergerakan ini. Contohnya, ujian ekstensi belakang merupakan salah satu ujian yang mengukur kelembutan relatif. Pengukuran Kelembutan Mutlak pula merupakan pengukuran pergerakan berhubung dengan matlamat prestasi yang mutlak. Contohnya, ujian ‘split’ di mana jarak pengukuran antara lantai dan punggung diukur sebagai pencapaian subjek.
Skor kelembutan dilaporkan dalam bentuk pengukuran linear atau pengukuran bersudut. Pengukuran linear dilaporkan dalam inci dan milimeter atau ukuran panjang yang lain yang dihasilkan oleh pita pengukur atau jangka flekso. Pengukuran bersudut menghasilkan pengukuran dalam bentuk darjah ( ° ) yang terhasil daripada jangka sudut, goniometer atau jangka flekso.
 

Assignment Gerko Cik Hasni.. :D


Tugasan  1 (menggantikan ujian kecergasan 2)

Huraikan ansur maju teknik merejam lembing, gambarajah lakuan, gambarajah padang  dan peraturan merejam lembing.
*Tidak melebihi  5 muka surat (tidak termasuk muka depan)


Tugasan  2

Komponen kecergasan terbahagi kapada dua bahagian iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan kemahiran motor. Jelaskan kesemua elemen yang terdapat dalam komponen kecergasan. Setiap elemen mesti mengandungi:

        i.            Definisi
      ii.            Huraian berkaitan elemen
    iii.            Contoh
     iv.            1 Gambar atau gambarajah bagi setiap elemen

*mesti melebihi 15 muka surat (tidak termasuk muka depan)

Tarikh akhir serahan ialah pada 21 Ogos 2011

Disediakan oleh,
CIK NURHASNI BINTI MOHD NOOR
PENSYARAH GERKO III (SUKAN)
6 Ogos 2011

Tuesday, August 2, 2011

KISAH LUCU TERAWIH INSYIRAH :D SAJE KONGSI... :D

TERAWIH PUTRIKU BALQIS INSYIRAH

Alhamdulillah... da 2 mlm dpt berterawih di surau... yg paling best n bermakna sbb dgn putri tunggalku Umi Balqis Insyirah bt Rizal... hilang penat seharian puasa melayan kerenah n mulutnya yg x tahu nak penat bercakap n bertanya itu ini... mengalahkan orang tua... ni kisah malam kedua dia berterawih...kononnya la... hehehe

mcm biasalah...kmi mseti di saf paling belakang....sbb solat isyak d umah...so kmi la yg paling last smpai ke surau.... bermulalah terawih kmi...tonggak tonggek smpai la ke rakaat ke 8... tahan jge dia ikut ktorang....nsib bek la pak imam tu bce lau n surah pendek2.... masuk rakaat yg ke 9...balqis solat lbih laju dri kmi...geram jugak aku....jd x khusyuk aku solat.... ble salam aku tanya dia..."kenapa kakak solat laju2" ... dia jwb dgn selamba... " X PE LA IBU...BIAR CEPAT HBIS...KN BYK LG RAKAAT NK KENA SEMBAHYANG NIE...KLU LAMBAT2...SMPAI PAGI X SIAP NTI....KESIAN NENEK2 TU....MESTI DIA PENAT SBB BERDIRI LAME2....KAKAK NAK AJAK DORG SEMBAHYANG LAJU2 MCM KAKAK...BIAR X PENAT N CEPAT HBIS... " malas aku layan terus aku smbung solat...

kisah ni x berhenti kt sni... lpas witir aku tgk putriku tersenyum2 sorang2 n gaya mengira2 jemaah yg ada kt saf dpan....aku tanya lagi " kenapa kakak senyum2..? " dia jawab ..... " IBU...KAKAK SUKA LA TERAWIH NIE...SBB KAKAK TGK SUME ORANG CM NAK PEGI ROMBONGAN....SUME PKAI BAJU SME....MCM KAT MEKAH PULAK KN IBU....KAKAK TGH KIRA ORG NIE...BRAPA ORG BOLEH MUAT BAS....?SERONOK KN IBU PEGI ROMBONGAN PKAI MCM NIE... SAME JER... " tersenyum makcik sebelah dgr dia berckp.... ade2 jer.... :D aku pn gelak dlam iman...kekekeke

atas motor perjalanan balik...tbe2 dia ckp ... " IBU....KAKAK RSE DA KURUS LAH " aku pn jwb.." kenapa lak ?" ..." YE LA...SMALAM 20 RAKAAT...HARI NI 20 RAKAAT LG...DA 40 RAKAAT...BYK BTUL LA KAKAK SEMBAHYANG....RASA CM DA KURUS SKIT TANGAN DGN KAKI KAKAK NIE... " huh...aku gelak jer...takut masuk parit lak motor aku mlm2 nie...ade2 je lah anak ku...

ape pn... KAU LAH RACUN...KAU LAH MADU.... inilah  harta berharga buat aku dan arwah cintaku :D

             UMI BALQIS INSYIRAH BT RIZAL

                        ni lah budak yang kata 
                 terawih tu cm nak p rombongan...
                                    hehehe :D
                                            
        rmai kate cm rupa arwah ayah dia...
                   tenang n manis.... :D






















Sunday, July 31, 2011

TIPS RAMADHAN :D HIKMAH MAKAN BUAH SBLM MKN YG BERAT2..

TIPS BERBUKA PUASA : MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN MAKANAN BERAT

Islam ni ckup syumul... bkn shj dri segi ibadah... benda yg remeh temeh jge dimbil kira demi kemaslahatan umat nya... contohnya bab makanan... nak kongsi sikit ilmu dari kuliah Ihya Ramadhan yg lalu... kita nie da di adatkan makan pencucui mulut atau desert atau buah2an lps kita mkn kn... tp yg sebenarnya... kita kna makan buah-buah sebelum makan... bkn selepas makan... kenapa yer??? haa.. nak tau tak.... :D

Jika kita makan buah sebelum kita makan makanan yang lebih berat seprti nasi n sebagainya... buah yg masuk itu akan mengeluarkan ALKALI di dalam perut... ia tidak akn mengakibatkan masalah kepada perut kita... tetapi jika kita makan buah selepas makan makanan berat... buah tersebut akn mengeluarkan ASID selepas prose asidomasi ( klu x salah dengar n eja  ) :D haa.... jadi mulai hri ni... bertukarlah kepada cara makan islam... bukan cara makan barat semata2... kerana Islam mempunyai cara dan gaya hidup yang sgt teratur dan lengkap yang sentiasa akan membawa kebaikan pd umatnya...

wallahua'lam.. :D







Friday, July 29, 2011

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN :D KEAJAIBAN RAMADHAN


RAHSIA DIGALAKKAN MELAMBATKAN SAHUR 
DAN MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA... SUBHANALLAH... 
 
Alhamdulillah... aku masih di beri peluang untuk berjumpa Ramadhan tahun ini... dengan niat yang satu...ingin menjadikan Ramdhan kli ini lebih baik dri Ramadhan yg lpas... dalam menghitung hari menjelang Ramadhan... sedikit kuliah Ihya Ramadhan telah diadakan di tpt kerjaku... subhanallah.... pelbagai ilmu Allah yg bru ku temui d cni.. jahilnya aku...antaran keajaiban Ramadhan .....

apa yang kita sedia maklum sebelum ini kita disubbahkan untuk melambatkan bersahur dan menyegerakan berbuka... setelah di kaji oleh saintis mengapa ia ny digalakkn dlm islam...mereka menemui rahsianya iaitu....

1) Melambatkan sahur : pada penghujung waktu imsak... di ufuk timur ada satu garisan kuning yang menghasilkan frekuensi megaheartz yang tinggi... di waktu ini, jika kita makan sebarang makanan... ia ny akan dapat dihadam dengan sebaik2nya... dan ia akn membekalkan segala keperluan nutrien badan manusia walaupun kita berpuasa sepanjang hari... subhanallah... lihatlah keindahan Islam dan kebesaran Allah...

2) Menyegerakan Berbuka : pada waktu diantara magrib dan isyak ini pula.. wujud garis kuning di ufuk barat yang menghasilkan gelombang frekuensi yang sama.. jadi kita digalakkn utk berbuka n mkn ketika ini agar makanan dapat dihadam dgn sebaiknya... maka tidak adala " ular sawa " yg terlepas nti.. hehehe gurau jer... bleh la kita semua beribadat sepanjang malam dgn tubuh badan yg selesa...

sungguh barakah kn Ramadhan ini.... amalan ini juga boleh diteruskan pd bkn bln puasa untuk kesihatan yang maksima... sarapan di awal pagi...dgn sarapan yg berat... tengahri makan mknan yg x berat... kemudian makan sekadarnya di sebelah petang... malam kte bg perut kte rest...
 

wallahu'alam.... sedikit ilmu dri Ust Sufian dari Sijangkang yang ingin sye kongsikan... harap sye tidak tersalah dengar... dan jika ada kesilapan harap d perbetulkan... :D

Salam Ramadhan dri umi balqis rizal..... :)








 
 


Wednesday, July 27, 2011

KOLEKSI VIDEO BBM BAHASA ARAB THN 1... PENULISAN ...

ASAS TULISAN HURUF HIJAIYAH

da puas tgk video... mari kte belajar menulis pule... nak lembutkan tgn anak2 berumur 7 thn ni kna pandai amik hati n minat mereka... x leh paksa2... kna sabar... bykkn aktiviti yg mnyeronokkn.. sbb mereka ni lebih suka jika belajar sambil bermain... jom kite tgk... :D



KOLEKSI VIDEO BBM BAHASA ARAB THN 1 ....

MAKHRAJ HURUF ARAB

Saya suka mendengar orang arab bercakap bahasa arab...sgt mengasyikkn...sememangnya ramai orang bkn arabian pn panda bercakap bahasa arab... tetapi bunyi tidak serupa dengan mereka... rupa2nya... slah satu faktor untuk memperbaiki sebutan bahasa arab kte terutama jika mengaji Ah-Quran atau bertutur... kte kna tahu makhraj huruf yg betul agar bunyi sampai dan inda d pendengaran orang yg mendengar... mari kte cube teknik ini bersame2.... :D




Monday, July 25, 2011

KOLEKSI VIDEO BBM BAHASA ARAB THN 1 ... NAMA2 HAIWAN ...

HAIYYA NA'LAMU AL-HAYAWANAT :D


KOLEKSI VIDEO BBM BAHASA ARAB THN 1 .... HURUF HIJAIYYAH ....

BUSTANUL HURUF :D


BAHASA ARAB TAHUN 1... AHLAN WASAHLAN :D

MARI BELAJAR BAHASA ARAB

sesuai buat BBM utk pelajaran bahasa arab tahun satu... samada di SK atau di SRA.. menarik dan mudah di fahami.. akn ku gunakan sebagai BBM akn dtg... jom kwn2 kte share.. :D

ANDAI KU TAHU... KITA PASTI MELALUINYA ....

 Sesungguhnya orang yg paling bijaksana dan pintar adalah orang yang sntiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia dengan melengkap diri bersama amalan2 untuk kehidupan yang abadi nanti... renungan dan peringatan untuk diriku sendiri dan yg sudi berkongsi dan menghayati.... :D

CONTOH 13 ITEM PENTING RPH

Igt x kwn2 kte kna wat 13 item penting sbl kte wt rancangan pengajaran harian? ish.. mmg jenuh kn... tp kte kna stanby memorize kt otak sbb insyallah sem dpn kte nk praktikal... kna wt hari2 lk tuh... so kna la prepare from now... ni ada contoh sesape nk tgk leh jer... tp x la bgus sgt... hehe sesape nk share korg pnye leh la post kt sni... sharing is caring... :D


Friday, July 22, 2011

ILMU MENGENAL TAJWID :D

                       PERKONGSIAN ILMU MENGENAL TAJWID
       by Nur Syafiqah bt Abdullah & Ummu Aiyah bt Shafei







Thursday, July 21, 2011

Berdepan Dengan Kritikan dan Kejian

Bagaimana jika anda dikeji?dihina?difitnah?disangka buruk? mesti sedih kn... sblm nie aku slalu rase sedih n marah jika ada org yg membuat fitnah atau mengeji atau menghina.. namun sekarang aku tahu... itu hanya sia2... sbb Allah janjikan sesuatu yg sgt mulia jika kte bersabar... jom kongsi... :D


                                                 BERDEPAN DENGAN KRITIKAN

Allah yang Maha Pencipta dan Pemberi Rezeki Yang Maha Mulia, sering mendapat cacian dan cercaan dari orang2 yg tidak berakal dan tidak tahu diri. Di dalam hidup ini, jika kita seseorang yang sentiasa memberi, memperelok, mempengaruhi dan berusaha membina sesuatu kebaikan, biasanya kte akan menerima kritikan2, hinaan2 dan kejian2 yang pedas dan keras.

Mereka tidak akan diam dari mengkritik kte sehingga kte masuk ke dalam tanah, menaiki tangga naik ke langit, dan berpisah dengan mereka. Sekiranya kte masih dgn mereka, maka mereka akan tetap dengan perbuatan mereka yang membuat kita bersedih hati dan menitiskan air mata.

Sebab itu, berwaspadalah dengan apa yg diperkatakan oleh mereka. Kuatkan jiwa untuk mendengar cemuhan dan kejian dari mereka. Bersikaplah seperti batu batan, tetap kukuh berdiri sekalipun diterpa ketulan2 salji tiap saat malah menjadi lebih kukuh disebabkannya. 

Dengan kata lain, jika anda terusik dan terpengaruh dengan hinaan dan kejian mereka, bermakna anda telah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan hidup anda. Padahal yang terbaik adlah menjawab atau membalas cemuhan dan hinaan mereka dengan menunjukkan akhlak yang baik. Lupakan sahaja mereka dan jangan sekali2 tertekan dengan apa yang dilakukan oleh mereka untuk menjatuhkan anda. 

Ini kerana cemuhan dan hinaan mereka yang menyakitkan hati itu hakikatnya adalah kata pujian dan ungkapan penghormatan untuk kita. Bertambah tinggi darjat dan kemuliaan yang kita, bertambah lah kata cemuhan dan kejian yang kita akan perolehi. Kita tidak akan dapat menghentikan lidah mereka dari terus berkata-kata. Kita cme mampu menguburkan diri kita dalam cemuhan dan kejian mereka dan cukuplah membalas kata mereka sebagaimana disuruh oleh Allah :   

" Katakanlah (wahai Muhammad) : Matilah kamu dalm kemarahan kamu itu "  surah Ali Imran : 119

- La Tahzan... Jangan Bersedih-
Dr 'Aidh b Abdullah Al-Qarni.


MEMOIR HARI GURU SRA PEKAN KAPAR 2011

                    Tokoh Guru Harapan 2011 Ustz Rozaliza bt Hamzah (sesi pagi)
                 Linangan airmata keterharuan mengiringi penganugerahan beliau...

                     Tokoh Guru Harapan 2011 Ustz Rahmah bt Sulaiman ( sesi petang )
                                      Tersenyum simpul manis sekali.. :D

 Bakat terpendam... sesekali menyumbangkan suara  :) x sangka tau... bkn senang murid2 nak tengok ustaz dan ustazah menyanyi... yang pasti lagu Guru Malaysia lah... sampai ada yg serak suara... tp bkn sbb nyanyi... sebab sorak tme sukaneka hehehe

     Sukaneka menambah meriah suasana Hari Guru kami... ada 3 acara sukan yg di pertandingkan... isi air dlm botol... bawa bola ping pong ... cari gula2 dlm tepung... ha ni lah yg paling mabeles :)

 Tepung sukaneka... sodap gak klu wt cekodok esk pagi kn hehehe acara yg tak dapt dijalankan sbb kekangan mase... so kitorg main2 tepung je lah... hehehe :)

Kita tunggu pula Hari Guru 2012.... muge Allah beri peluang untuk kita meraikannya :)
                                 

Bidadari Syurga VS Muslimah & Mukminat Dunia

menarik... :D mse mle2 arwah suami ku meninggal dunia... aku jeles giler dgn bidadari syurga nie... sbb kebaikan2 n amalan arwah mesti da di janjikn dgn bidadari ini... cemburu aku... :D tp skrg igt2 blik klaka la pulak... hehehe cemburu dgn bidadari syurga yg tiada tolok tandingnya... kini aku dpt jawapannya yg boleh buat kaum hawa di dunia tidak jeles lg dgn bidadari syurga ini... :D     
               

                             UCAPAN BIDADARI DAN     
                     JAWAPAN KAUM HAWA DUNIA

Diriwayatkan oleh Tirmizi dari Ali bahwa Rasulullah bersabda " Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah tempat berkumpulnya semua bidadari. Mereka menyeru dgn suara2 yg belum pernah di dgr oleh semua makhluk di dunia. Mereka berkata " Kami adalah wanita2 abadi yg tidak akn binasa... kami adalah wanita yg selalau berghairah dan tidak putus asa... dan kami adalah wanita2 yg selalu redha dan tidak pernah marah... Sungguh beruntung org yg menjadi milik kami dan kami menjadi miliknya " Kata Abu Isa Tarmidzi, hadis Ali ini adalah Hadis gharib.

Aisyah berkata " mendengar ucapan para bidadari tersebut.. wanita2 beriman dari kaum hawa dunia menjawab " kami wanita2 yg menunaikan solat dan kalian tidak pernah solat. Kami wanita2 yg menjalanakn ibadah puasa, dan kalian tidak pernah berpuasa. Kami wanita2 yg berwuduk, dan kalian tidak pernah berwuduk. Kami adalah wanita2 yg suka bersedekah dan kalian tidak pernah bersedekah. Jadi kami kaum muslimah dunia sanggup mengalahkan para bidadari tersebut. "

Diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak, dari Rasydin, dari Ibnu An'am, dari Hibban bin Abu Jabalah bahwa ia berkata " Sesungguhnya wanita2 dunia yang masuk syurga, mereka memiliki kelebihan ke atas bidadari disebabkan amal-amal mereka di dunia" 

Wallahua'alam..... :D

Dari buku " Rahasia Kematian, Alam akhirat & Kiamat " oleh Imam Al-Qurtubi.


Wednesday, July 20, 2011

Syurga Allah... Tiada Tandingan... " Bidadari Syurga " :D

kali nie nk citer psl syurga... sedang menghabiskn sisa bacaan buku " Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat " - Imam Al-Qurtubi.. mmg best sgt... dri best seller... :D bab bidadari syurga... alahai klu muslimin mengetahuinya... pasti tidak menyia2kn peluang beramal di dunia.. jom kte kgsi skit  ek :D

                                                  " BIDADARI SYURGA "

Diriwayatkan oleh Tarmizi bahwa Rasulullah berkata " Bidadari diciptakan dari 3 hal : Bahagian bawah dari kasturi, bahagian tgh dri anbar dan bahagaian atas dari kapur barus, rambut dan alis mereka hitam tebal terbuat dari cahaya "

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa ia berkata " Allah menciptakan bidadari dari hujung kaki hingga ke lutut terbuat dari za'faran, lutut hingga ke payudara terbuat dari kasturi yang sangat harum, dari payudara hingga ke leher terbuat dari anbar kelabu, dari leher ke kepala terbuat dari kapur barus putih. Pada kepalanya terpasang tujuh puluh ribu perhiasan dari tumbuh-tumbuhan syaqiq nu'man "

Kata Abu Hurairah " sesungguhnya di dalam syurga terdapat seorang bidadari bernama Ai'na yang kalau sedang berjalan, ia dikawal oleh 70ribu anak2 muda dikiri kanannya. Ia berkata " Mana orang-orang yang suka menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran? "

Masyaallah... wahai muslimin... rebutlah peluang memiliki bidadari ini ... :D

Menurut Ibnu Abbas  " Sesungguhnya di dalam syurga terdapat bidadari bernama Lu'bah.. Dengan sekali meludah ke laut, seluruh laut akan bertukar menjadi tawar.. di lehernya ada tulisan ... ' Siapa yang ingin memiliki aku, ia harus taat kepada tuhanku yang Maha Mulia lg Maha Agung '..

apalagi muslimin...sudah ada yg menanti... :D taatlah kepada Allah Taala...

seorang penyair mengatakan...

Hai org2 yg meminang bidadari dalam pingitannya...
ayuh bangkitlah dan jgn malas....
perangi nafsumu dengan penuh kesabaran...
jauhi n tinggalkn manusia...
menyendiri utk mengingatinya...
solatlah ketika mlm dtg menjelang...
dan puasalah pada siang harinya..
itulah mahar utknya ( bidadari )..
Sekiranya kamu melihat bidadri datang menghampirimu..
brjalan dgn kilau kalung yang melingkar dilehernya...
niscaya kamu akan bersemangat mengumpulkan maharnya...
meski harus meninggalkan gemerlapan dunia...

kenikmatan dan angan2 kosong...
telah membuatmu lalai dari Firdaus..
naungan yang terbentang...
dan kamar2 syurga yang lapang...
Ayuh bangunlah dari tidurmu...
kerana sesungguhnya tahajjud dan membaca Al-Quran itu
lebih baik dari tidur...

mmmm.... msih x semangat lg wahai muslimin..? :D

                                  

AJAIBNYA SOLAT..MASYAALLAH..

                                  Rahsia di sebalik rukun solat.

  • Niat solat                : memelihara taubat kita dunia dan akhirat
  • Berdiri betul           : meluaskan tempat kita di dalam kubur
  • Takboratul-ihram   : sebagai pelita yg menerangi kita d kubur.
  • Fatihah                   : sebagai pakaian yg indah2 di dalam kubur.
  • Rukuk                    : sebagai tikar kita di dalam kubur.
  • Sujud                      : memagar menyeberangi siratul-mustaqim.
  • Duduk antara 2 sujud  :  kenderaan ketika di padang masyar.
  • Tahiyat Akhir         : penjawab bagi soalan malaikat d kubur
  • Selawat Nabi          : pendinding api neraka di dalam kubur.
  • Salam                      : memelihara kita di dalam kubur.
  • Tertib                      :   akan dipertemukan dengan Allah Taala.

Renung-renungkan...  :) apakah bekalan kita di dalam kubur nti...
                               

Monday, July 4, 2011

sumber inspirasiku... pergi tak kembali...

terima kasih atas segala kenangan indah...
yg pernah kte cipta bersama...
wlau hanya sementara...namun...
ia akn menjadi tanda cinta antara kita...
tunggulah aku dan juga permata hatimu...
sementara kmi menghabiskan sisa hdup ini...
aku janji... aku minta... aku berdoa...
agar kte brsama di dunia yg abadi nti...

ehem..ehem... sjer jer.. :)

Friday, June 24, 2011

permata hatiku :)

first trial.. :)

Alhamdulillah... x sangka akhir ny setelah 32 thn... aku memiliki blog sendiri... hehehehe msti korg tergolek2 ketawa kn aku kn... hehehehe x pe... aku terima... kira pencapaian peribadi terbaru ku... :-)